Tuesday, October 28, 2008

Sejarah Prasekolah Tunas Bestari SKMS

Prasekolah ini telah ditubuhkan pada 1 Januari 2004.Penubuhannya telah dirasmikan oleh guru besar SK Muzaffar Syah iaitu En.Rahmat bin Yunus.Bangunan prasekolah ini adalah bangunan yang telah diubah suai daripada dewan kepada bilik kelas prasekolah.Keluasan bilik prasekolah seluas 6 bay, ianya dilengkapi dengan semua kemudahan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan.
Guru yang ditugaskan mengajar prasekolah ini adalah Pn.Miskiah bt.Asserah yang telah bertukar opsyen daripada Pend.Muzik kepada prasekolah.Beliau telah mengikuti kursus selama 14 minggu di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru pada tahun 2003.
Beliau telah memulakan tugas mengajar prasekolah pada 1.Januari 2004 dengan di bantu oleh pembantu pengurusan murid iaitu Pn.Rosnani Bt.Masfor.

No comments: